Thursday, March 10, 2011

Perut banyak angin, kepala boleh pening?

Kat tempat keje tadi rasa tak sihat sangat2. Sakit kepala yang amat. Tengahari tadi, rasa sakit tu menyucuk2 kepala aku. Nasik yang aku tapau, sempat makan sikit jer. Tak sampai separuh sudu. Pastu terus aku tido kat meja tu. Masa tu aku rasa pandangan dah gelap semacam jer. Badan pulak berpeluh2. Aku risau takot terus ter-pitam kat situ jer.

My colleague nak bawak pegi klinik, tapi masa tu memang aku tak larat nak jalan. Kalo aku jalan jugak time tu, confirm la terus pitam. Sape yang nak angkat aku yang tembam nih. [x_O] 

Aku ingatkan tekanan darah aku rendah. Coz dulu masa belajar kat UKM, selalu jer aku pening2 + rasa macam nak muntah. Dan selalu pitam. Kalo rasa pening camtu, memang terus pitam. 

First time aku pitam kat universiti, masa Tahun 1. Masa tu nape ntah aku saket perut. Pastu sakit tu naik sampai kepala. Masa tu aku tengah duduk kat kerusi, kat meja study. Pernah jugak aku pitam dalam bas. Masa tu tengah duduk kat kerusi. Pun boleh pitam. Terkejut lah roomate aku yang tengah tido. Masa tu aku ingat, saket perut sebab cirit birit. Boleh pulak sakit sampai kepala pening camtu.

Pernah aku pegi cc, tiba2 rasa pening. Tak sempat aku nak buat ape2, terus pandangan jadik gelap dan terus pitam. Ape lagi, terus la akak kat cc tu angkat & hantar pegi Pusat Kesihatan kat UKM tu. Disebabkan waktu tu dah malam, dan Pusat Kesihatan tu dah tutup, aku kena hantar kat bahagian Emergency. Ceh. Berbenjol jugak kepala aku sebab jatuh kat lantai c tu. Mesti aku jatuh macam nangka busuk. Huh. Buat malu jer. Bila doktor check, dia cakap tekanan darah aku rendah. Pastu kena buat appointment lagi, coz kena ambik darah utk test. Aduhh~ dah la jarum tu besar, cucuk plak kat bahagian atas tangan (bukan tapak tangan). Saket giler. Dah la aku tak suke jarum. [x_O]

Masa tu memang aku risau jugak kalo nak keluar pegi mana2, lebih2 lagi kalo keluar sorang2 jer. Yerlah, kalo jadi apa2 kat aku, sape yang nak tolong. Bagi aku, kalo takde orang nak tolong aku tak kesah sangat. Paling risau kalo ada orang ambik kesempatan. Curi barang2 berharga ke, kan. *macam la banyak sangat barang berharga. Masa tu Encik Kuneng pun bising & suruh aku jaga kesihatan. Kadang2 aku tak bagitau dia kalo aku tak sihat. Nanti dia bising & cakap aku tak jaga kesihatan. Wuuu~

Itu cerita masa zaman universitti. Masa aku sekolah menengah pun pernah pitam jugak. Form 5 ke form 6 ntah, dah lupa. Masa tu aku saket perut sebab cirit birit. Gile ah sampai sakit tu naik ke kepala & terus pitam. 

Masa aku keje kilang dulu (time tu tengah tunggu result STPM), pernah gak jadi camtu. Masa tu tengah meeting. Meeting kat kilang, biasa la kan, kena berdiri jer. Aku yang tengah period nih memang senggugut tahap melampau. Sakit perut toksah cakap lah. Tiba2 jer kepala jadik pening & terus pitam. Huh. Memang buat malu jer. 

Aku heran jugak lah kan. Kenapa lah aku selalu pening2 sampai pandangan jadik gelap & ter-pitam camtu. Aku ni memang ber-tekanan darah rendah ke? Ke aku tak cukup zat? Lemah sangat ke badan aku nih? 

Tengahari tadi, jadi lagi camtu. Masa aku tengah tido & badan berpeluh2 tu, risau jugak kalo ter-pitam kat situ. Malu la kan kalo pitam. huhuu~ Lepas makan nasik & telan panadol, rasa ok sket.

Bila aku bagitau Encik Kuneng, dia tanya nape aku tak pegi klinik. Aku cakap ler tak loarat nak jalan. Dia suruh aku pegi klinik lepas waktu keje jer. Aku kalo bab2 pegi klinik nih, memang aku malas. Tapi bila dah tak sihat camni, terpaksa la pegi jugak. 

So, tadi lepas keje pegi Poliklinik Penawar kat Taman Tun Aminah jer. Doktor tu check tekanan darah, dia cakap tekanan darah ok jer. Pastu dia check perut aku yang buncit nih, sebab dia cakap mungkin angin. Dia tanya ada gastrik tak. Aku cakap la ade. Then doktor tu cakap, perut aku banyak angin. Tu yang boleh naik sampai ke kepala & jadi sakit kepala. Erkk? 

Heran jugak aku. Kalo banyak angin, boleh naik sampai ke kepala & jadik sakit kepala ke? Doktor tu cakap, boleh jadi camtu. Ada pesakit dia lagi teruk dari aku. Sampai pesakit tu rasa macam otak dia dah tertinggal sebab sakit sangat. Ishh~ teruk jgak kan.

Banyak angin rupanya perut aku nih. Patot lah muncit. Muahahaa~ ;p *eleh, perut kau muncit sebab banyak lemak. ;D

& patot lah selalu buang angin, tapi takde bau. Muahahahaaa~~ ;DD


Tahniah! Kena makan ubat lagi. Sobsob~
Dua ubat ni pon 37 hengget? Huh.



Sekarang ni pun taip entri ngan kepala pening *tapi boleh plak taip entri panjang2. & baru lepas makan ubat. Sebab tadi lepas balik dari klinik, terus tertido sebab pening sangat. Encik Kuneng call pun aku rasa macam mamai jer cakap ngan dia. Bangun tido, rasa macam..eh, tadi Encik Kuneng ada call ke? Huhuu~ memang mamai.

Sekarang baru makan nasik yang beli tadi & makan ubat. Walaupun rasa macam takde selera dan tak tertelan nasik yang aku makan nih, terpaksa jugak makan untuk isi perut sebab nak makan ubat. Wuuuuu~~

Ok bye! & Selamat tido. *selamat tido?

.

4 comments:

ardinihumaira said...

kalo angin dni suka minum air halia... segar je badan tau ;)

Nini Mohd said...

dah try minum ENO halia tadi.
aduhh~ tak sanggup nak telan.
macam nak termuntah pun ade. [x_O]

Unknown said...

So macamana sekarang masalah sakit kepala sudah berakhir. Kerana sy pun mengalami masalah sakit kepala sejak 1 minggu yg lepas. Apa nasihat anda?

InsanKecil said...

Suka entry ni. Saya pun selalu pening sampai jalan macam orang mabuk. Biasa rasa nak pitam. Tq bagi info ni.