Saturday, March 10, 2012

Outstation ke Putrajaya. Singgah ber-shopping di Nilai 3.

Hari Khamis aku out station. Ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Plan asal nak bertolak lepas keje hari Rabu. Tido jer kat rumah kakak Encik Tunang kat Banting, then pagi terus pegi Putrajaya. Tapi hari Rabu tu banyak pulak keje kat office. Tak boleh balik awal. And badan pun penat yang amat. Mata pun ngantok giler. Tengah keje boleh nak tertido. <---kesan tak cukup tido sejak berminggu2. -.-


Camane nak drive jauh, kan? So, terpaksa la bertolak awal2 pagi hari Khamis tu.




Harini hari Khamis.
Eh, bukan harini la. 2 hari lepas. ;p


Tahu tak betapa nervousnyer aku pegi kes tu? Tuhan jer yang tahu. Tapi kemudiannya keluar dari mahkamah ngan hati yang sangat lega. Alhamdulillah. Banyak ilmu pengetahuan yang aku dapat dalam masa tak sampai sejam tu. Rasa sangat bertuah pegi kes tu. Syukur~


Lepastu hati dah berbunga2. Kenapa? Sebab dah plan dari awal nak pegi shopping kat Nilai 3! Yehhooooo!!!!!


Lepas breakfast kat cafe mahkamah, terus pegi ke Nilai 3. Nak beli beberapa barang untuk wedding nanti, i.e. paperbag untuk doorgift rombongan pengantin lelaki, paperbag untuk doorgift rombongan pengantin perempuan, doorgift untuk rombongan pengantin lelaki, untuk rombongan pengantin perempuan dan polysterin.


Sebelum ni dah borong banyak barang kat sini. So, kalini tak beli banyak barang sangat, sebab kebanyakannya dah ada & dah beli.



 Here i come. ;p







I'm loving these blue flowers. Tapi mahaiii~



Oh, Nilai 3 haritu sangat lengang, tak ramai orang. Yerlah, kan weekdays. So, agak senang hati nak pusing2 ngan kereta dan nak cari parking.


Yang aku nak cari ni, paperbag untuk doorgift rombongan pengantin lelaki & perempuan.  Untuk kedua2 rombongan ni, nak isi banyak barang. So, nak cari yang besar sikit la. And yang cantik! Cantik di mata aku la, kan. ;p


Sebelum ni dah merata2 aku cari paperbag camtu! Tapi tak jumpa yang berkenan. I mean, yang besar + ikut warna tema majlis + cantik. Adehhh~ kenapa la susah sangat nak jumpa yang berkenan di hati.


So, masa pegi Nilai 3 tu, aku grab jer mana2 yang ok. Malas dah nak pikir banyak2. Yang penting, cukup besar untuk masukkan barang2, dan tak "lari" dari warna tema majlis.




Paperbag untuk doorgift rombongan lelaki.
Aku mahukan warna biru lembut.
Tapi takde yang memenuhi kriteria yang aku nak.
Warna ni pun ok la.
Nanti aku tambah jer reben biru kat situ. *kalo rajin.



Yang penting, ada pantun ni kat situ.
Khas untuk rombongan pengantin lelaki yang datang dari jauh. ;)



Harga paperbag ni tersangat lah OK. Harga yang tertera kat situ RM7.90. Tapi warna yang ada hanya warna ni dan warna hijau. Tu pun tak banyak. Diorang nak clearkan stok. Takkan nak ambik warna hijau kot? So, aku ambik warna ni, sebab boleh letak riben biru kat situ.


Aku ambik 2 paket. Warna ni ada 2 paket tu jer. 1 paket sepatutnya ada 10pcs, macam biasa la kan. Tapi 1 paket lagi ada 15pcs. Then bila aku bayar, dia bagi harga RM10 untuk 2 paket. Woww~ sangat murah la kan. Bukan setakat OK dah harga dia nih, tp memang murah sangat2. Then orang tu bagi 1pcs lagi, which is balance yang ada kat situ. Huhuu~ So, total aku dapat 26pcs untuk harga RM10.


Oh, lupa nak bagitahu. Paperbag ni beli kat kedai Bagus Setempat.




Paperbag untuk doorgift rombongan perempuan.



Biasa jer paperbag ni. Tapi ok la, sebab besar & muat doorgift yang aku nak letak. Tak suka ngan logo VR Star kat situ. Tapi nak buat camane. Yang ni jer yang aku berkenan dan cukup besar, dan ikut warna tema majlis. Harga pun ok la, tak mahal sangat. RM6.90/10pcs, beli kat VR Star.




Dah cukup besar dah tu.



And aku ada beli ini jugak ---->>>>








Kotak telur.



Harganya seperti tertera kat situ. RM2.00 sahaja. Ada 30pcs. So, satu pc lebih kurang RM0.067. Tak sampai 10sen pun. Beli kat PISB. Banyak jugak kotak telur kat situ. Tapi semuanya stok lama. Stock clearance la ni. Ada yang cantik. Ada yang buruk giler. So, kena pandai pilih. ;)


Actually tak tau lagi nak pakai ke tak. Just prepare jer. Tu pun aku tak beli banyak. Maybe akan guna untuk letak dalam doorgift untuk kawan2. Sebab untuk tetamu lain, dah beli uncang. Letak telur dalam uncang jer. Cute ape. Hihii~


Ok, so kebanyakan barang untuk preparation wedding yang perlu dibeli kat Nilai 3 ni dah beli. Especially barang untuk menggubah hantaran. Lepasni maybe dah tak outstation ke Putrajaya lagi. Tak dapat dah nak singgah Nilai 3. Kes yang aku pegi hari Khamis tu pun dah habes & dah dapat keputusan dah.


Aku hanya pegi Nilai 3 kalo outstation ke Putrajaya atau ada urusan lain kat sana. So, save kos transport sebab kalo outstation, dapat travelling allowance. ;p Takkan la nak datang Nilai 3 dari JB semata2 nak beli barang2 untuk wedding, kan. Memang la barang kat sana murah2 (tak semua). Tapi kos minyak + tol dari JB pun dah brape, kan.


Ada beberapa barang lagi kot yang tak beli. Its ok, lain kali boleh beli. InsyaAllah kalo ada rezeki, boleh datang sini lagi. Or boleh beli kat tempat lain jer.



Ok bye. Nak sambung menggubah hantaran plak. Sambil tengok drama seram kat TV3 nih. ;)




.

2 comments:

Unknown said...

cantiklah paper bag utk pihak lelaki tu...

akak takut nak ke nilai 3 klu bajet ciput, kang abis pokai...heheheh

Nini Mohd said...

a'a, tu la. kalo nk pegi shopping kat Nilai 3 nih, memang kena bawak banyak duit.
rambang mata tgk brg2 tu semua. ;D