Monday, April 30, 2012

Make-Up Artist : Bridezilla mode turned on.

Apa perasaan korang kalo lagi 35 hari ke majlis korang, korang dapat SMS macam ni dari MUA korang :

"Salam nini,ada masalah sket 1.6 xdpt nk mekap nini,akak ada masalah hari tu..kak akn cr mak andam lain utk nini..tapi kalau nini jupe mak andam lain,bgtaulah.."
27.04.2012 : 9.56 pm


Nak marah? Jadi bridezilla?


Aku? Macam2 perasaan ada. Bengang + nak marah + migrain + stress. Ya Allah...korang bayangkan majlis dah dekat, dengan banyak lagi benda tak settle. Sekarang bertambah lagi satu masalah?


Mana nak cari MUA last minute ni? Sebelum ni pun dah berpuluh2 MUA aku survey. Semua tak available. Baru jer settle book MUA untuk sanding, MUA akad nikah pulak tiba2 tak dapat nak mekap aku. Ya Allah...dugaan betul.


Aku reply :

"Hah?camane plak nih.mana sy nk cari mak andam lain.dah last minute sgt nih."
27.04.2012 : 9.57 pm


Then akak tu cakap :

"Takpe,akak carikan..akak br tahu td ada masalah.."
27.04.2012 : 9.56 pm



Mintak maaf pun tak.


Ok la, fine. Aku tak tahu apa masalah akak MUA tu sampai tak dapat nak mekap aku haritu. Takpe, dia cakap nak tolong carikan. Aku cuba relax & sedapkan hati.


Dalam kepala duk fikir2 dah, sape MUA yang available. Tapi tak boleh fikir.


Dua hari aku tunggu, takde jugak akak ni reply. Walaupun baru dua hari, tapi korang faham tak perasaan aku? Lagi sebulan nak kawen, MUA takde? Kalo kawen time bukan musim orang kawen takpe la. Ramai MUA yang available.


Situasi kitorang? Kawen musim cuti sekolah + hujung minggu + pertengahan cuti sekolah. Memang perfect la pax tarikh tu.








Lepas 2 hari takde berita dari akak MUA tu, sama ada dia dah cari MUA lain ke tak, so pagi semalam aku godeh2 message kat facebook. Coz aku teringat masa aku survey2 MUA untuk sanding 2 June, ada 2 orang MUA yang cakap dia available tarikh 1 June jer.


Aku SMS & pm kat FB sorang akak MUA ni. Sorang lagi aku tak ingat dah sape.


Dah tengahari sikit akak tu reply. YESSS...!!!! Dia available lagi. Alhamdulillah ya Allah....Terus aku book akak tu.


Dah jodoh aku kot untuk mekap ngan akak MUA ni. Sebelum ni dah survey, tapi sebab nak save budget, aku book orang lain. Sekarang ni aku lagi pentingkan kualiti & yang profesional dari harga. Biar bayar lebih sikit, asalkan cantik. Walaupun majlis akad nikah tu sekejap jer. & yang penting profesional &  tak risau pasal MUA. Banyak lagi perkara yang aku tengah pening, banyak benda nak fikir selain dari hal MUA nih.


Then aku SMS akak MUA yang tak dapat nak mekap aku tu. Aku bagitau dah jumpa MUA lain & mintak dia pulangkan deposit. Dia reply :

"Ok dik.."
29.04.2012 : 5.05 pm



Macam tu jer. Still takde ucapan "maaf".


Aku tak tahun apa masalah dia sampai tak dapat nak mekap aku. Maybe masalah yang betul2 besar. Tapi cara dia bagitahu aku macam benda tu benda kecik & takde apa2. Macam langsung takde rasa bersalah.


Maybe ramai yang dah book dia & rasa dia ok jer. Aku bukan nak cakap dia tak ok. Cuma bila jadi macam ni, tak best la kan. At least say sorry & cuba bersungguh sikit. Hmmm...ntah la, aku pun tak tahu nak explain macam mana. Be profesional la kan. Walaupun dia tu glemer ke, dah mekap artis ke, at least cuba la bersikap profesional sket. Aku pun bayar jugak, walaupun aku ni bukan artis. -.-' *ok fine, sajer buat lawak hiburkan hati sendiri.


FYI, aku book akak tu beberapa bulan lepas. Awal tahun kot. Takpe la, takde rezeki ngan dia, tapi rezeki aku ngan MUA yang lagi mantop. Sape? Nanti aku reveal lepas kawen. Hewheww~


Ni antaran hasil MUA yang aku baru book tu  --->>>








Oh, kenapa lah akak ni tak available 2 Jun? -.- 


Kenapa aku tak hire MUA sanding aku untuk akad nikah jugak? Sebab aku nak MUA akad nikah tu perempuan. MUA sanding plak lelaki.



Sekian entry seorang bridezilla.





*p/s : 32 hari lagi.




.

2 comments:

Hanys Jehari said...

Nasib dapat nini...musimcutisekolah mmg berebut a nk cari mua..

Nini Mohd said...

Hanys : haa..tu la. dah la musim org kawen. MUA memang awal2 lagi semua dah tak available. jd camni plak. nasib baik dpt MUA lain.