Wednesday, October 3, 2012

Honeymoon @ Krabi (Day 1) : Part 1 - our hotel

Salam dear readers.

Seperti yang dijanjikan, nah here it is, first review on our honeymoon kat Krabi, Thailand last 2 weeks. Disebabkan terlalu banyak gambar, and entri ni just nak review hotel dulu, so review2 terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian. Harap bersabar dengan entri yang panjang berjela2 and gambar yang berlambak2 kat entri ni, dan juga kat entri2 seterusnya. Aku yang nak upload gambar & siapkan entri ni pun rasa nak termuntah dah. ;p

Actually kitorang buat decision pegi honeymoon ni agak last minute la. Plan memang dah lama. Tapi cuma tak tahu nak pegi bila. Cari masa yang sesuai (maklumla dua2 duk jauh, waktu keje husband tak sama ngan aku, susah dapat cuti), cari budget (budget ciput. camno? ;p).

Dah last minute baru betul2 confirm nak pegi, terus book tiket flight & hotel. Book sebulan lebih sebelum tarikh berangkat *cewah. Entry KAT SINI.



Ahad, 16.09.2012


Nah, tempek muka tuan punya blog dulu. ;p


Encik Suami yang bersungguh nak ambik gambar aku kat sini.
I malu. coz ramai org you.
*ok. gedik.
Oh, dah nampak laut.
Time ni dah nak sampai dah.
Fly lebih kurang 1jam 10 minit.

Untuk ke hotel, kitorang ambik teksi kat airport ni jer. 600 Bhat ke Ao Nang. Lebih kurang RM60. Mahal giler lah. Tapi memang standard semua teksi kat airport tu harga camtu. Dari airport ke hotel brape minit ek. 20 minit ke 30 minit. Ke 40 minit? Lupa plak.



Ini van.
Tapi kat sana panggil teksi.



Untuk airport transfer balik nanti pun kitorang terus book ngan dia. Nasihat aku, untuk balik nanti (dari hotel ke airport), tak payah la book awal2 ngan diorang (i mean, ngan taxi service kat airport tu). Sebab kat pantai Ao Nang nanti banyak jer taxi service yang murah2. Tapi tak tahu la naik ape. Alahh....tapi kalo naik tuk tuk pun best ape?


Dah sampai hotel.
Erkk~ mata aku terpejam pulak. -.-


Dari ENTRI NI, husband pilih hotel ni. Aku pun suka jugak. So kitorang sepakat sebulat suara pilih hotel ni. Supsangdao Resort (pronounce sap-seng-dao).

Actually hotel yang aku book ni more to resort, which is it is a 1 bedroom villa. Ada 9 buah villa sahaja kat resort ni. So tak sesak sangat. Resort ni jauh sket dari pantai. Kalo naik moto, lebih kurang 7 - 10 minit camtu la. Kalo jalan kaki? Toksah try lah jalan kaki. Kang pitam tengah jalan. ;p

Resort ni pun family business jer. Owner muslim. Sampai2 jer disambut pekerja yang bertudung dengan Assalamualaikum. Sejuk sikit hati. So dah tak payah risau pasal breakfast halal ke tak. ;)

Owner boleh cakap malay. Tapi malay kelantanese la. Nasib baik kawe memey kecek kelate. So boleh la kecek kelate ngan owner dia. Kehkehh~ ;p

Overall kitorang memang suka sangat duk sini. Sebab ada privacy, banyak pokok2 (tropical greenery gitew), tak sesak, tak ramai orang, tak bising and sangat lah tenang lagi mendamaikan, lebih2 lagi di waktu malam time beradu. *gitew

Walaupun resort ni taklah se-grand mana, tapi kitorang tetap suka. Suka villanya, suka persekitarannya, suka privacy-nya. And guess what....sepanjang tempoh 4 hari 3 malam kitorang kat sini, hanya kami berdua sahaja yang stay sana. Seriusly sangat lah best. Sebab its only me and husband. Cewahh. ;p

Maybe sebab low season, pelancong tak ramai sangat. And maybe sebab resort ni jauh sikit dari pantai, so yang suka night life tu tak prefer la kot hotel2 yang jauh dari pantai ni.

Reception.
Comel jer.



Sana tu cafe.
Kecik jer cafe dia.

Swimming pool.

Kitorang tak mandi langsung kat swimming pool nih. Ada jugak aku ajak Encik Suami swim2 kat sini (ngade, padahal aku ni tak pandai berenang). Tapi Encik Suami cakap segan. Sebab berdua jer. Eh2, berdua la lagi best. Dari bersesak2 dalam pool tu. Yer idak?

Ok, meh tengok our villa pulak. ;)


Koridor.




Our villa.

Oh, kitorang tak request pun honeymoon decoration. 
So ini jerlah yang ada.
Dua ekor gajah. ;)


Hai jiran.
*padahal takde orang pun.

Encik Suami sampai2 jer kat villa ni, dia terus tutup langsir.
Maybe dia tak selesa kot orang boleh nampak dari luar.
Padahal just nak baring2 sekejap sebab nak keluar jalan2 ke pantai pulak.


Ada fridge.
So boleh simpan coklat, kaya, chocolate+peanut butter spread, air botol.
Eh macam banyak jer yang kitorang simpan dalam nih.
Oh ya, air mineral tu everyday diorang akan letak 2 botol dalam tu.


Bathtub.
Jengjengjengg~ ;p


Shower + toilet.


 Tukang snap gambar pun nak interframe jugak. ;p


Oh tahu tak malamnyer kami dah tukar bilik? Tukar ke villa sebelah. Sebab......nantilah aku cerita kat next entry yer.

Kos hotel? 3,900 Bhat untuk 4 hari 3 malam. Including breakfast. Lebih kurang RM390 la. Aku genapkan jer, senang. Murah ke tak? Book online kat Booking.com. Dah survey harga kat Agoda, AirAsia Go, Asiarooms.com, and lepas compare2, harga kat Booking.com lagi murah.

Kos keseluruhan pegi Krabi? Kitorang tukar RM1,300 kat Malaysia. Then tukar lagi RM150 kat Krabi, sebab tak cukup nak shopping. Kalo ikutkan, itu pun still tak cukup jugak, sebab rambang mata nak shopping macam2. hohohh~

So total RM1,450 termasuk bayar hotel, sewa motor, teksi pegi hotel, teksi pegi airport, beli pakej, makan2, shopping2, beli souvenir, etc. Ada balance 25bath. Lupa nak habiskan. Encik Suami cakap "takpe, kita simpan duit tu untuk pegi sana lain kali". Eh? Nampak gayanya macam ada harapan nak pegi lagi tu. ;p

Oh ya, total RM1,450 tu tak termasuk tiket flight yer. Tiket flight sangat murah sebab Encik Suami keje kat Air Asia. Kitorang guna kupon yg Encik Suami dapat. Kalo termasuk tiket flight, tak sampai RM2K pun total semuanya.

Ok, part 2 tunggu entri seterusnya yer, which is tak tahu akan post bila. Hewheww~

Till then, thanks for reading. ;)


.

18 comments:

Nanie said...

good information. gambar pun clear..

yolanda diego said...

wow...bestnye honeymoon!!!

Syu, Syuhada said...

seronoknye nini!! jeles ;(

Nini Mohd said...

@nurul harnani
hee..thanks dear. ;)

Nini Mohd said...

@Nn
memang best..!! sebab destinasinya tersangat lah best. ;)

Nini Mohd said...

@ciksusu
yunk, u nanti blh la pegi krabi jugak k. krabi best sgt. budget pun x habis banyak. :)

SI MILLY'S said...

Nice view! Harga pun affordable..
One day will be! Hehe

Nini Mohd said...

@? Milly Molly ?
yup, memang affordable & cantik.
hehee~
nak pegi holiday kat sana ea?
krabi memang highly recommended. ;)

Pink Lavender said...

booking.com lg ok eh nini??
okla nak try la lps nih...hehew..

Nini Mohd said...

@Pink Lavender
a'a, masa sy survey dulu, Booking.com lg murah. tp tak tau la kalau hotel lain or tarikh lain, Agoda/Asiarooms/AirAsia Go lagi murah ke camane. kena selalu survey & check. ;)

OmmaHussein said...

Nini..hubs u keje kat airasia keje kt lcct ke?i baru tau..hehe..sama..sbb tu i ngn hubs pjj..huhu..

Nini Mohd said...

@nida-razak
a'a, keje kat LCCT.
laa...yeke. husband u kat LCCT jugak ke.
kebetulan plak kan.
i pun PJJ jugak. sobs~ T_T

OmmaHussein said...

Timing keje diorng xmenentu,nk balik pon susah..huhu..xbest pjj..

Nini Mohd said...

@nida-razak
memang tak best.
nak cuti lg la susah.
raya pun kena keje.
nak plan pegi bercuti pun tak boleh plan awal2. aduhaii~

Unknown said...

wahhh..villa nie cantik..katil best..siap bathtub..harga murah..hihi..best2..kalau nk gi sana..boleh lah book hotel kat tempat nie =)

Nini Mohd said...

@mama ila
a'a, memang best hotel ni.
walaupun a bit jauh dari pantai.
highly recommended. hihi~ ;)

Unknown said...

nak tya.. u ader tukar bilik kan??
sbb apa yer?

Nini Mohd said...

@Norhidayah Yusni
sebab bilik terkunci dari dalam. huhuu~
u blh refer kat entry ni :-

http://ninimohd.blogspot.com/2012/10/honeymoon-krabi-day-1-part-2-krabi.html